Rangka draf pindaan perlembagaan Umno hampir siap - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Rangka draf pindaan perlembagaan Umno meliputi pelbagai perkara dalaman parti, termasuk pemilihan pucuk pimpinan serta sistem kuotanya telah pun hampir siap, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata apabila siap kelak dalam tempoh seminggu dua ini, rangka draf pindaan itu akan diedarkan kepada semua badan perhubungan Umno negeri untuk penelitian mereka.

"Mereka (badan perhubungan negeri) boleh melihatnya sama ada untuk memberi cadangan mengenainya, menambah baik dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Palniappa di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata usaha merangka draf pindaan perlembagaan Umno itu dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, beliau telah pun mengadakan perbincangan dengan Hishammuddin tentang pindaan perlembagaan itu sebelum menjawat jawatan Timbalan Presiden Umno.

"Saya sudah memberi beberapa maklumat kepada beliau (Hishammuddin) tentang cadangan pindaan perlembagaan berserta pandangan penasihat undang-undang parti," katanya.

Beliau berkata pindaan perlembagaan itu akan turut meliputi beberapa perkara yang menyentuh tentang peraturan sedia ada dalam Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno.

"Selain itu terdapat juga cadangan supaya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik secara automatik sebagai anggota Majlis Tertinggi parti," katanya.

Muhyiddin berkata Badan Perhubungan Negeri yang mempunyai pandangan serta cadangan berhubung draf pindaan perlembagaan terbabit boleh mengemukakannya kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Hishammuddin itu.

Muhyiddin berkata apabila cadangan dan pandangan daripada Badan Perhubungan Umno negeri diperoleh, rangka pindaan perlembagaan terbabit akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti yang diketuainya.

"Selepas itu barulah ia akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) Umno," katanya. Timbalan Presiden Umno berkata apabila draf pindaan perlembagaan Umno itu telah muktamad selepas dibawa ke semua peringkat parti termasuk MT, ia akhirnya akan dikemukakan pada Perhimpunan Agung Khas parti.

Perhimpunan Agung Khas Umno, katanya akan diadakan pada akhir tahun ini.

Mengenai dakwaan berlakunya politik wang dalam PAS menjelangnya pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Muhyiddin berkata ini menunjukkan parti itu tidak terkecuali daripada pengaruh tersebut, malah turut terjejas dengannya.

Bagaimanapun, itu adalah perkara dalaman PAS dan Umno tidak akan mencampurinya, kata Muhyiddin. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan