Penumpang AirAsia AK358 ke P.Pinang sedang dihubungi

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sedang menghubungi penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat AirAsia AK5358 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang ke Pulau Pinang pada pukul 11 pagi 13 Mei lalu, iaitu pesawat yang turut dinaiki oleh pesakit kedua kes

Influenza A (H1N1) yang disahkan semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat berkata kementerian telah mendapat maklumat mengenai baki 101 penumpang dan lima krew penerbangan tersebut dan telah memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk membuat lawatan pemantauan bagi tujuan kuarantin rumah.

"Kementerian juga ingin menasihatkan para penumpang serta kakitangan penerbangan yang terbabit agar memberikan kerjasama dengan menghubungi kementerian di talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 dan mematuhi langkahlangkah kawalan serta mematuhi nasihat yang diberikan iaitu kuarantin rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Ramlee berkata mengikut prosedur, kuarantin rumah perlu dijalani selama tujuh hari, dan mereka boleh keluar semula dari rumah jika tidak menunjukkan sebarang tanda wabak tersebut.

Beliau berkata kementerian juga masih cuba mengesan baki 24 penumpang termasuk seorang warga negara Malaysia, yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7.15 pagi 13 Mei lalu, iaitu pesawat pertama yang dinaiki keduadua pesakit kes influenza tersebut.

Katanya, daripada 119 penumpang pesawat tersebut yang berada di negara ini, tiga penumpang telah dimasukkan ke hospital termasuk dua yang disahkan positif, manakala penumpang selebihnya telah dikesan dan diletakkan di bawah kuarantin rumah dan buat masa ini berada dalam keadaan sihat, selain 24 orang tersebut.

Mengenai dua pesakit yang disahkan mengidap wabak tersebut, Dr Ramlee berkata keduadua mereka berada dalam keadaan stabil malah menunjukkan perkembangan positif.

Beliau berkata, kes pertama yang dirawat di Hospital Sungai Buloh hanya mengalami demam sedikit tetapi tidak ada batuk dan sakit tekak, manakala untuk kes kedua yang dirawat di Hospital Pulau Pinang pula tidak mengalami demam dan tidak ada simptom-simptom lain.

Bagaimanapun kedua-dua kes masih berada di hospital untuk meneruskan rawatan.

Dr Ramlee berkata, sehingga 8 pagi hari ini, Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) Kebangsaan telah menerima sebanyak 102 kes yang telah dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemeriksaan wabak tersebut, namun hanya dua kes yang disahkan positif manakala 100 lagi disahkan bebas dari Influenza A (H1N1).

Untuk semalam sahaja katanya, sebanyak 18 notifikasi kes telah diterima, di mana 12 daripadanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, dan masingmasing satu kes dimasukkan ke Hospital Kangar, Hospital Alor Setar, Hospital Umum Kuching, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu dan Hospital Pulau Pinang.

Sehingga semalam katanya, sebanyak 103,536 penumpang udara telah disaring di semua pintu masuk.

Dr Ramlee berkata sehingga pagi ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sebanyak 38 buah negara terjejas dengan Influenza A (H1N1), peningkatan tiga buah negara berbanding sebelumnya iaitu Turki, India dan Peru.

Sejumlah 8,468 kes telah disahkan manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 72 orang, katanya.

Sementara itu dalam sidang akhbar berasingan, Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata, kementeriannya akan merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan arahan dan garis panduan yang jelas berhubung langkah-langkah keselamatan untuk para pelajar Malaysia yang berada di luar negara.

"Kita akan pastikan keselamatan dan kesihatan para pelajar Malaysia terjamin jika ingin pulang ke negara ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan