Parti komponen BN perlu hentikan perbalahan dalaman - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan perbalahan dalaman parti masingmasing dan menumpukan usaha kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang perbalahan atau masalah dalaman parti perlu diselesaikan segera supaya tumpuan dapat diberikan kepada rakyat.

"Saya minta setiap parti memperbaiki kelemahan masingmasing dan menjaga kampung halaman sendiri. Janganlah kita sibuk berpolitik sehingga menjejaskan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menemui masyarakat Siam di Kampung Telok Wang, di sini.

Beliau berkata pada masa sama kerjasama antara parti komponen perlu dieratkan dan jika ada sebarang masalah hubungan antara parti-parti itu, ia perlu diketepikan.

"Saya minta pemimpin parti komponen BN mengetepikan sebarang perbezaan dan masalah agar keserasian dijalin semula. Janganlah pemimpin sibuk menyelesaikan masalah mereka dan tidak peduli masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata keputusan teruk BN pada pilihan raya umum 2008 bukanlah kerana pembangkang terlalu kuat tetapi BN berada dalam keadaan lemah kerana masalahmasalah dalamannya.

Beliau yakin BN akan kembali sebagai parti yang kuat pada pilihan raya umum akan datang jika partiparti komponennya dapat mengukuhkan kerjasama dan persefahaman mereka.

"Ketepikanlah masalah titik bengik yang ada dan cari formula baru untuk bangun kembali sebagai sebuah parti yang kuat," katanya.

Bagi Pulau Pinang, katanya Umno negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen BN sekurangkurangnya sebulan sekali dan setakat ini perjumpaan telah diadakan dengan Gerakan dan MCA.

Katanya beliau akan mengadakan pertemuan dengan parti komponen lain dalam masa terdekat untuk memantapkan hubungan dan mengatur program menyelesaikan masalah rakyat.

Ahmad Zahid mahu pemimpin BN di peringkat bahagian, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta kawasan petipeti undi menggerakkan program untuk rakyat dan beliau akan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu bagi memantau aktiviti berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan