Jangan panik, Influenza H1N1 bukan virus maut - Pensyarah

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tidak ada sebab orang ramai panik dengan Influenza A (H1N1) oleh kerana ia bukan virus maut, kata seorang pensyarah kanan mengenai penyakit babi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Dr Ooi Peck Tong, dari Jabatan Kajian Veterinar Klinikal, Fakulti Perubatan Veterinar, berkata flu biasa membunuh antara 250,000 hingga 500,000 orang di seluruh dunia setahun.

"Influenza A (H1N1) bukan virus maut tetapi ia merebak cepat kerana morbiditinya tinggi, bagaimanapun, kadar kematian agak rendah.

Flu biasa membunuh lebih ramai manusia setiap tahun.

"Orang ramai di seluruh dunia panik dengan Influenza A (H1N1) memandangkan ia virus baru dan terdapat begitu banyak ketidaktentuan tentang virus itu dan juga kemampuannya untuk berubah sifat.

"Orang ramai bimbang tentang hal-hal yang tidak diketahui mengenai virus itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Persatuan Pakar Patologi Veterninar Malaysia pertama di sini.

Dengan lebih 8,000 kes jangkitan Influenza A (H1N1) dan 66 kematian di seluruh dunia,

Dr Ooi berkata orang ramai bimbang gelombang kedua Influenza A (H1N1) boleh berlaku dan lebih berbahaya.

"Orang ramai khuatir Spanish Flu 1918 yang membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia pada gelombang kedua akan berulang," katanya.

Dengan kes kedua Influenza A (H1N1) dikesan di Malaysia, Dr Ooi berkata setakat ini, penyakit itu kelihatan agak rendah, kecuali di Mexico.

"Sehingga pakar-pakar tahu betapa berbahaya dan mudahnya virus itu merebak, adalah sukar untuk menganggarkan jumlah vaksin yang diperlukan.

Jika penyakit ini terkawal dan stabil, hanya sebilangan kecil orang ramai yang memerlukan suntikan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan