H1N1: 70 peratus ladang babi seluruh negara diperiksa

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA Kira-kira 70 peratus ladang babi di negara ini telah pun diperiksa bagi memastikan ternakan itu bebas daripada jangkitan wabak Influenza A (H1N1).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata 529 ladang berdaftar serta 93 ladang tradisional diperiksa dan setakat ini semua ladang tersebut bebas daripada ancaman wabak berkenaan.

Johari berkata setakat semalam, sebanyak 13,076 sampel (calitan hidung) dan 8,932 sampel darah babi diambil dari ladangladang berdaftar yang diperiksa, manakala 339 sampel darah dan 435 sampel (calitan hidung) pula diambil dari ternakan ladang tradisional.

"Daripada pemeriksaan itu juga, 22 ladang didapati mempunyai masalah kritikal, namun ia bukanlah melibatkan wabak H1N1 tapi penyakit lain.

"Orang ramai tidak perlu risau kerana setakat ini kes yang dikesan dalam negara ini berpunca daripada jangkitan di luar negara dan bukan disebabkan babi dalam ladang (dalam negara)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian serentak persidangan Umno Cawangan dalam Bahagian Kubang Pasu, di sini semalam.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas lebih 700 ladang babi di seluruh negara dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

Sebelum ini, sebagai langkah berjagajaga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghentikan sertamerta permit baru bagi mengimport daging babi berikutan penularan wabak H1N1.

Permit import yang diberikan kepada syarikat pengimport daging haiwan itu dari negara antaranya China, Eropah, Australia dan Vietnam akan ditarik balik sekiranya wabak Influenza A merebak lebih serius. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan