Dua dikuarantin di Kangar negatif Infulenza H1N1

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dikuarantin di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar semalam dan awal hari ini kerana dikesan mempunyai simptom Influenza A (H1NI) didapati negatif virus tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat yang mengesahkan perkara itu petang ini berkata hasil ujian darah keduadua pesakit itu yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur mendapati mereka hanya demam biasa.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kesihatan Perlis Ahmad Bakri Ali berkata lelaki yang berasal dari Padang Besar itu adalah seorang peniaga yang kerap berulang alik ke Thailand kerana urusan perniagaan tetapi beliau tidak dapat menyatakan jantina kanakkanak berusia empat tahun yang berasal dari Mata Ayer dekat sini.

Peniaga lelaki itu telah dikuarantin sejak semalam manakala kanakkanak itu pukul 1 pagi tadi, dan mereka akan dikuarantin sehingga memperoleh keputusan ujian darah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cabaran Eko Paintball Malaysia (MEPC) di Gua Kelam dekat Kangar semalam.

Beliau berkata lelaki itu yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar kerana masalah kesihatan telah dirujuk kesnya ke HTF selepas terdapat simptom penyakit itu.

Ahmad Bakri berharap penduduk Perlis tidak panik dengan perkara itu kerana tindakan kuarantin berkenaan adalah prosedur biasa apabila terdapat kes yang mempunyai simptom itu.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR Dr Ramlee berkata semua hospital yang diwartakan sebagai hospital rujukan kes influenza A(H1NI) di seluruh negara sudah siap sedia menerima pesakit yang dijangkiti simptom itu.

Dr Ramlee juga menasihatkan mereka yang melawat ke negara yang disahkan positif influenza A(H1N1) menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari sekembali mereka dari luar negara.

"Saya juga berharap, mereka akan lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga masyarakat di sekitar. Berehatlah dulu seminggu, baru nak berjalan ke luar.

"Sekiranya dalam tempoh itu, mereka merasa tidak sihat, cepatcepatlah ke pusat kesihatan atau hospital terdekat bagi menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Di IPOH, tiga kontak termasuk seorang pelancong warga Amerika Syarikat yang dikenalpasti oleh Jabatan Kesihatan Perak berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit Influenza A pertama dan kedua yang disahkan telah dikuarantin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, HalEhwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Dr Mah Hang Soon berkata warga Amerika itu kini dikuarantin di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala tiga lagi kontak dikuarantin di kediaman mereka.

"Seramai enam orang lain juga dikuarantin iaitu tiga anggota keluarga kontak, seorang pembantu rumah dan dua kakitangan jabatan itu yang membuat pemantauan semalam.

Kesemua mereka dikuarantin di kediaman mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata seorang daripada tiga kontak warga tempatan itu berada di Petaling Jaya dan dikuarantin di sana. Kontak berkenaan tidak kembali ke Perak sebaik sahaja tiba dengan penerbangan dari New York.

Kesemua kontak itu dikesan apabila jabatan itu mendapat maklumat mengenai kesemua penumpang dalam penerbangan yang sama.

Jabatan berkenaan telah membuka bilik gerakan 24 jam bagi membantu orang awam yang ingin mendapat maklumat berhubung kes influenza A itu. Orang ramai boleh menghubungi nombor 05-2433963 dan nombor faks 05-2413552 untuk mendapatkan maklumat lanjut. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan