13 pesakit Leptospirosis dibenar pulang

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seramai 13 orang dari Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru yang disyaki dijangkiti penyakit Leptospirosis dan dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam telah dibenarkan pulang ke kem tahanan itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

Sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya dimaklumkan bahawa daripada 36 kes yang dirawat dan dengan 13 daripadanya dibenarkan keluar hari ini, hanya 23 orang lagi masih dirawat di hospital itu.

Dalam satu kenyataan akhbar, beliau berkata daripada 23 kes tersebut, 22 orang dirawat di Hospital Bukit Mertajam dengan satu kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 21 orang di wad isolasi hospital itu.

Satu lagi kes dirawat di ICU Hospital Seberang Jaya dan pesakit berada dalam keadaan stabil, kata Dr Ismail.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa membuat pengawasan dan kawalan dalam menangani situasi ini termasuklah melakukan disinfeksi semua blok depoh, surveilan dan pemeriksaan harian ke atas penghuni dan merujuk kes yang bergejala ke hospital berdekatan.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang Abdul Rahman Harun berkata 23 pendatang yang masih ditahan di hospital terdiri daripada 19 warga Myanmar dan empat warga Bangladesh yang berumur antara 17 dan 45 tahun.

Pihak Imigresen telah pun menghubungi Duta Myanmar dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh mengenai perkara yang berlaku, dan wakil dari keduadua kedutaan itu dijangka melawat depoh pada minggu depan, katanya.

Beliau berkata punca kematian seorang tahanan warga Myanmar pada 12 Mei lepas masih belum dikenal pasti.

Selain itu, beliau turut menggesa penduduk sekitar Depoh Imigresen Juru supaya tidak panik dan bimbang kerana penyakit yang dialami oleh warga asing itu adalah terkawal.

"Penyakit yang dialami oleh pendatang asing di sini bukannya sejenis penyakit berjangkit tetapi hanya penyakit yang disebabkan oleh pencemaran makanan," katanya.

Katanya pihak imigresen telah mengambil langkah seperti pembersihan kem, memberi semburan di sekitar kem dan sepasukan pegawai perubatan dari Hospital Bukit Mertajam dan pejabat Kesihatan Negeri telah pun ditugaskan di Depoh Juru untuk mengambil pemeriksaan darah setiap pendatang asing.

"Jabatan Kesihatan Negeri telah pun membekalkan ubat berbentuk antibiotik kepada pegawaipegawai yang bertugas dan semua pendatang di depoh tersebut," katanya.

Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin Juru itu menempatkan 552 pendatang iaitu 478 lelaki, 72 perempuan dan dua kanakkanak.

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia disebabkan oleh bakteria spirochete, perkara ini berlaku apabila ia terdedah kepada kuman dalam air tercemar dengan kencing haiwan seperti tikus dan tupai. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan