Tidak perlu pilihan raya di Perak - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata pilihan raya negeri Perak tidak perlu diadakan dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis politik ialah dengan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) telah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan," katanya kepada pemberita di sini.

Desakan diadakan pilihan raya negeri dibuat oleh pembangkang yang kini tidak lagi mempunyai majoriti dalam Dewan, katanya.

Oleh kerana Barisan Nasional telah membentuk kerajaan negeri di Perak, perkara utama yang perlu diberi tumpuan adalah melaksanakan agenda pembangunan supaya rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati pembangunan dan kemajuan ekonomi, katanya.

Sementara itu, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan anggota Parlimen Bagan Datoh berkata Malaysia dan Indonesia menjalankan operasi bersama mencegah kegiatan lanun di perairan Selat Melaka selaras dengan perjanjian sempadan dan zon ekonomi antara kedua-dua negara.

"Saya yakin menerusi rondaan di perairan Selat Melaka dilakukan oleh keduadua pihak, soal ancaman lanun dapat diatasi secara telus," katanya mengulas kebimbangan nelayan akan kemungkinan menjadi mangsa rompakan lanun di perairan berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan