Sediakan hujah tangkis fitnah pembangkang - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Umno perlu bertindak dengan menyediakan hujah-hujah dengan faktafakta yang betul bagi menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang, kata Presiden Umno yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fitnah atau "spinning" yang dilakukan oleh pembangkang seolaholah meletakkan Umno tidak berada di pihak yang betul atau dalam keadaan terlalu mempertahankan diri berhubung apa yang dilemparkan terhadap parti, kata Perdana Menteri dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor yang pertama selepas beliau mengambil alih jawatan itu yang sebelum ini dipegang oleh Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

"Jadi dengan langkahlangkah baru yang akan kita ambil ini, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi serangan daripada parti pembangkang," kata Najib.

Dalam pendekatan baru Umno Selangor pada kali ini, beliau berkata pendekatan yang lebih mesra rakyat diutamakan dalam segala perkara yang dilakukan dan beliau telah menggariskan apa yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.

Najib berkata adalah penting bagi Umno Selangor bekerja sebagai satu pasukan yang padu dan menyedari keperluan untuk sentiasa mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat dengan memperbanyakkan program mesra rakyat dalam sebarang tindakan yang dilakukan atas nama Wakil Rakyat, Ketua Bahagian atau pemimpin Umno.

Mesyuarat hari ini juga menetapkan supaya Umno Selangor mengambil langkah tertentu bagi meningkatkan keberkesanan khidmat Umno kepada rakyat di negeri ini, termasuk mengkaji semula peranan yang dimainkan oleh para pemimpin Umno dan kaedahkaedah yang diguna pakai.

"Saya percaya dengan semangat yang diperlihatkan pada hari ini dan pendekatan baru yang kita amalkan, kita akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang Datuk Mohamad Satim Diman sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang baru menggantikan Adun Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad.

Naib Ketua Bahagian Kelana Jaya Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Adnan Buyong manakala Adun Kuang Abdul Shukur Idrus yang juga Ketua Bahagian Selayang menggantikan Adun Sementa Datuk Abdul Rahman Palil sebagai Ketua Penerangan yang baru.

Najib juga mengumumkan pelantikan Adun Sungai Panjang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Ketua Kumpulan Pemikir Umno Selangor, iaitu jawatan baru yang diwujudkan dalam Badan Perhubungan Umno Negeri.

Mengenai uraura Parti Progresif Penduduk (PPP) mahu meninggalkan Barisan Nasional (BN), Najib berkata: "Saya tidak tahu. Apa jua perkara yang berkaitan dengan BN akan kami bincangkan di peringkat Dewan Tertinggi BN."

Ditanya kemungkinan beliau campur tangan dalam perbalahan antara Presiden PPP Datuk M.Kayveas dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah, Najib berkata beliau sedang memikirkannya dan belum membuat keputusan lagi.

Mengenai sama ada wajar PPP keluar dulu daripada BN untuk menyelesaikan masalahnya dan menyertai semula BN kemudian, beliau berkata: "BN bukanlah parti boleh keluar masuk keluar masuk. Kita kena ada disiplin dalam Barisan Nasional... sebagai satu keluarga besar kalau tak ada disiplin orang lihat parti kita ini parti yang boleh buat sesuka hati." BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan