Rakyat sudah muak dengan kemelut politik di Perak - Hishamuddin

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Rakyat negara ini dikhuatiri akan menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang kerana sudah muak dengan kemelut politik Perak yang tidak berkesudahan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Dalam masa beberapa jam kita lihat ada perubahan menteri besar dan 18 Mei ini mahkamah akan membuat keputusan lagi, dan saya difahamkan sekarang ini ceramahceramah sedang dijalankan, sepanduk dinaikkan yang ada kalanya menimbulkan kemarahan tetapi sama ada tujuannya ikhlas atau tidak hakikatnya ia akan memecahbelahkan rakyat dan masyarakat khususnya di Perak.

"Majoriti rakyat pun dah "fed up" (bosan) kerana kita seperti tidak ada kerja lain tetapi berpolitik sahaja, akhirnya orang ramai akan tolak duadua belah pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Puteri Umno di Bukit Tinggi, dekat sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata semua pihak perlu membenarkan proses pentadbiran berjalan mengikut lunaslunas dan undangundang sedia ada supaya segalagalanya berjalan lancar.

"Tetapi sebaliknya akan berlaku kalau pertimbangannya adalah untuk menidakkan dan merobohkan institusi (pentadbiran) tadi," katanya.

Mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat pada Khamis lepas yang mahu kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Hishammuddin berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk menimbulkan sebarang polemik kaum.

"Kita mempunyai saluran-saluran tertentu (untuk meluahkan pandangan) dan pihak yang kononnya menyuarakan perkara itu merupakan anggota jemaah menteri dan memang telah pun kita bincangkan (perkara ini) di peringkat Kabinet, jadi untuk menunjukkan kehebatannya di luar sana apa tujuannya.

"Isu-isu yang boleh berkisar kepada polemik kaum dan agama ini begitu sensitif, kita mungkin boleh bersorak hari ini tapi akhirnya kampung kita tergadai, dan pada ketika itu jawatan tertinggi yang dipegang dalam parti masing-masing tidak akan membawa apa-apa erti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan