Politik wang: Ketua Dewan Ulama PAS dipanggil menghadap

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Harian PAS akan memanggil Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan beliau wujudnya gejala politik kotor dalam usaha melobi jawatan dalam parti, Isnin ini.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Mohamed Daud akan dipanggil untuk memberikan penjelasan termasuk mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu, pada satu mesyuarat khas yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekiranya beliau ada buktibukti, kami akan panjangkan dakwaan ini untuk tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap pihak yang terlibat tanpa mengira baik diperingkat cawangan mahupun peringkat tertinggi," katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Mohamed Daud sebagai berkata beliau difahamkan gejala politik kotor dalam usaha melobi jawatan dilihat sudah mulai wujud dalam parti itu.

Sementara itu Presiden Jawatankuasa Pemilihan PAS yang juga Pengarah Pilihanraya Datuk Mustafa Ali pula berkata PAS pusat tidak menerima sebarang aduan mengenai gejala rasuah pada peringkat pemilihan kawasan parti.

"Tidak ada orang yang mengadu mengenai salah laku duit ini. Saya tidak risau, dan saya yakin ia tidak berlaku. Isu ini tidak berbangkit kerana saya tidak terima laporan, saya yakin kepada masing-masing (calon) yang bertanding, ikhlas dengan perjuangan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan