Murugiah dan enam ahli dipecat daripada PPP

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DIPECAT...Majlis Tertinggi PPP hari ini mengambil keputusan memecat Timbalan Menteri, Datuk T. Murugiah yang juga bekas Ketua Pemuda bersama-sama enam ahli yang lain.  Foto THE STAR Oleh: RAYMOND OOI.
DIPECAT...Majlis Tertinggi PPP hari ini mengambil keputusan memecat Timbalan Menteri, Datuk T. Murugiah yang juga bekas Ketua Pemuda bersama-sama enam ahli yang lain. Foto THE STAR Oleh: RAYMOND OOI.

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi Parti Progresif Pendduk hari ini mengambil tindakan memecat Timbalan Menteri, Datuk T. Murugiah dan enam yang lain kerana meminta pendaftaran parti itu dibatalkan.

PPP berhadapan dengan pembubaran berikutan tidak menghantar laporan kewangan sejak enam tahun lalu kepada Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Selain daripada laporan kewangan PPP juga tidak menghantar senarai Ahli Jawatankuasa bagi tempoh yang sama.

semalam, Bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Dr N Shanmuganathan berkata, perkara itu diketahui selepas beliau pergi ke ROS untuk mendapat maklumat terkini mengenai PPP tetapi hanya terdapat rekod bagi 2002.

Beliau berkata, rekod di ROS menyatakan hanya tujuh orang masih kekal sebagai AMT dan ini menimbulkan tanda tanya.

Krisis dalaman Parti Progresif Rakyat (PPP) terus memuncak apabila Presiden parti, Datuk M Kayveas semalam mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah cuba 'kuburkan' parti yang mempunyai keahlian hampir 500,000 orang itu.

Kayveas turut menafikan dakwaan segelintir pihak termasuk bekas ahli parti kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah mengeluarkan notis pembubaran bagi membatalkan pendaftaran PPP.

Sehubungan itu, beliau berkata PPP telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) hari ini, bagi menentukan kedudukan Murugiah dalam parti kerana sebelum ini beliau menangguhkan keputusan untuk memecatnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan