KAMI gesa ahli politik hentikan tekanan kepada Sultan Perak - Berita Semasa | mStar

KAMI gesa ahli politik hentikan tekanan kepada Sultan Perak

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kesatuan Anak Melayu Islam (KAMI) Perak menggesa anggota parti politik terutama pembangkang supaya menghentikan tekanan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Yang Dipertuanya Dr Mohd Zainul Fithri Othman berkata kesatuan itu berpendapat Sultan Perak yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang perundangan tentunya tahu apa yang baginda lakukan untuk keharmonian negeri dan rakyat Perak.

"Setiap keputusan yang diambil baginda adalah mengikut undangundang dan peraturan negeri. Sultan tidak sepatutnya diberi tekanan.

"Kita sebagai rakyat Perak mempunyai Sultan, kita kena hormat keputusan baginda termasuk membubarkan DUN atau tidak, kalau kita tidak hormat kepada raja lebih baik keluar sahaja dari negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya berdasarkan kajian kesatuan itu, kirakira 80 peratus daripada anggota KAMI tidak bersetuju dengan pembubaran DUN kerana ia akan membazirkan wang, masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk agenda pembangunan rakyat yang lebih besar.

"Kita sebagai rakyat juga sebenarnya terikat dengan undang-undang dan perlembagaan negara (jika mahu pembubaran DUN). Jadi sebagai rakyat, kita tidak boleh bertindak sesuka hati dan melampaui undang-undang," katanya.

Dr Mohd Zainul Fithri berkata sebagai gabungan 30 badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah KAMI serta mempunyai 20,000 anggota, kesatuan itu berpendapat segala kemelut politik di negeri Perak perlu dihentikan segera oleh orang politik sendiri. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan