Ahmad Said akan terus terajui Terengganu - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kepimpinan kerajaan negeri Terengganu akan terus diterajui oleh Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata perubahan jawatan Menteri Besar Terengganu itu tidak pernah berbangkit serta dibincangkan sebelum ini.

"Siapa kata (ada perubahan jawatan Menteri Besar Terengganu). Setakat ini, saya tak dengar apaapa," katanya ketika diminta mengulas desasdesus kononnya akan ada perubahan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu tidak lama lagi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru 2009 peringkat kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini hari ini.

Isu itu timbul apabila ada di kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Ahmad dan mahu beliau ditukarkan.

Polemik itu wujud berikutan uraura Adun BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April lepas, tetapi ia tidak berlaku.

Bagaimanapun, pada hari kedua sidang DUN, 10 Adun BN tidak hadir atas alasan tiga daripada wakil rakyat berkenaan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berharap dengan penjelasan itu, situasi politik Terengganu akan bertambah baik kerana yang lebih penting ialah untuk melihat Umno dan BN bertambah kuat di negeri itu terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya percaya semua pimpinan Umno termasuk di kalangan ahliahli Yang Berhormat dan pimpinan (Umno) Bahagian akan cuba mengorak langkah baru untuk mewujudkan satu persefahaman yang lebih baik kerana kita sayangkan Terengganu.

"Rakyat telah beri kepercayaan...kita perlu tumpu perhatian sepenuh masa untuk membangunkan Terengganu kerana Terengganu negeri yang mempunyai banyak sumber, hasil negeri banyak, minyak pun ada," katanya.

Beliau berkata jika ada perselisihan faham, ia perlu diselesaikan secara baik kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negeri itu selepas diberi kepercayaan oleh rakyat.

"Sama ada Adun, bukan Adun, pemimpin parti, berjawatan atau tidak berjawatan...kalau berganding bahu, kalau pentingkan rakyat dan pertahankan kedudukan di Terengganu. Rakyat telah memberi keyakinan, jangan kita abaikan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan