SPR tetap larang pondok panas

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan keputusan untuk melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas pada hari pengundian.

Bagaimanapun SPR bersetuju membenarkan parti-parti politik untuk menyediakan meja semakan bagi para pengundi menyemak sanarai daftar pemilih di luar kawasan 50 meter dari tempat mengundi.

"Pondok panas kita tetap tidak benarkan kerana berdasarkan pengalaman lalu barung atau pondok panas ini dijadikan tempat berkempen.

"Tapi atas permintaan dan cadangan Pakatan Rakyat, kita bersetuju untuk benarkan mereka untuk hanya menempatkan meja semakan daftar pemilih untuk pengundi," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai hasil perbincangan antara SPR dan Pakatan Rakyat pada Selasa lalu berhubung beberapa perkara berkaitan peraturan pilihan raya yang akan dikuatkuasakan pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Menjelaskan dengan lebih lanjut Abdul Aziz berkata, meja semakan yang dibenarkan itu mestilah tidak melebihi saiz 10 kaki x tiga kaki dengan satu payung untuk berteduh.

"Kalau dulu parti politik dirikan pondok panas bersaiz besar macam khemah kenduri dengan alasan untuk jadi kaunter semakan, tapi ada yang salah guna untuk jadikan tempat berhimpun dan berkempen.

"Jadi kali ini atas permintaan kita hanya benarkan meja semakan yang hanya bertujuan untuk buat semakan...tidak lebih daripada itu," katanya.

Abdul Aziz juga berkata SPR akan menyediakan pondok panas mereka bagi memberi kemudahan kepada para pengundi untuk membuat semakan pamilih pada hari pengundian.

"SPR sendiri akan adakan pondok panas di luar kawasan 50 meter dari tempat mengundi untuk para pengundi membuat semakan," katanya.

Selain itu, mulai pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR juga akan menguatkuasakan larangan supaya parti-parti politik yang bertanding tidak menempatkan perayu dan peraih undi pada hari pengundian.

"SPR juga tidak benarkan lagi para perayu dan peraih undi untuk berkempen dan memancing undi pada hari mengundi.

"Ini juga merupakan bentuk kempen dan bertentangan dengan undang-undang pilihan raya... kalau boleh kita mahu yang datang pada hari mengundi itu hanyalah para pengundi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hasil perbincangan itu lagi, Abdul Aziz juga berkata cadangan untuk menghadkan kehadiran penyokong tidak melebihi 5,000 orang pada hari penamaan calon tidak akan dilaksanakan.

Jelas beliau setelah mendengar pandangan dan saranan yang dikemukakan, SPR mengambil keputusan untuk tidak melaksakan cadangan tersebut namun menasihatkan agar parti-parti politik tidak membawa jumlah penyokong yang terlalu ramai.

"Kita akui sukar untuk hadkan jumlah penyokong, tapi kita amat berharap agar parti politik boleh memainkan peranan mereka agar tidak membawa penyokong yang ramai kerana ia boleh menyukarkan proses.

"Kita juga mohon kerjasama daripada pemimpin parti politik politik agar menasihatkan penyokong mereka supaya sentiasa mematuhi arahan dan mengawal emosi masing-masing," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan