Mangsa pertama Influenza H1N1 stabil

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAH BERJAGA-JAGA..Pegawai Kesihatan di Hospital Sungai Buloh mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng apabila seorang pelajar berusia 21 tahun yang dirawat di hospital berkenaan dijangkiti virus Influenza H1N1.
LANGKAH BERJAGA-JAGA..Pegawai Kesihatan di Hospital Sungai Buloh mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng apabila seorang pelajar berusia 21 tahun yang dirawat di hospital berkenaan dijangkiti virus Influenza H1N1.

KUALA LUMPUR: Mangsa pertama kes influenza A(H1N1) di Malaysia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh dekat sini.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu, yang pulang dari Amerika Syarikat dua hari lepas, kini dikuarantin di wad khas, yang terletak di tingkat empat hospital berkenaan.

Para pegawai hospital berkata pemerhatian menyeluruh akan dilakukan sepanjang masa di wad pesakit itu.

Sekatan diletakkan di tingkat empat iaitu lokasi wad berkenaan, dengan anggota polis dan kakitangan keselamatan hospital turut mengadakan pengawasan rapi.

Tiada siapa pun melainkan pihak berkuasa hospital dibenarkan berada berhampiran wad itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pesakit terbabit mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 6.45 petang hari yang sama.

Ismail juga berkata mangsa telah pun diberikan rawatan antiviral.

Di perkarangan hospital, tiga buah khemah didirikan untuk mengendalikan saringan dan ujian ke atas penumpang pesawat MH091, yang menaiki penerbangan yang sama dengan pesakit terbabit dari Newark, Amerika Syarikat.

Setakat 6 petang ini, tiada tandatanda penumpang dari pesawat MH091 itu yang tampil untuk menjalani saringan.

Kumpulan media tempatan dan asing, yang lengkap memakai topeng muka, berkumpul di Hospital Sungai Buloh sejak 3 petang bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung pesakit berkenaan.

Pegawai hospital berkata anggota keluarga pesakit dikuarantin di rumah mereka. Pihak berkuasa hospital mungkin "menahan" mereka tidak lama lagi untuk menjalani beberapa ujian.

BERITA TERDAHULU

Malaysia rekod kes pertama H1N1

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama wabak influenza H1N1 di negara ini melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, pelajar berusia 21 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, pelajar yang pulang ke tanah air pada 13 Mei lalu itu mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada keesokan harinya dan dibawa ke hospital pada hari yang sama kira-kira pukul 6.45 petang.

"Beliau telah pun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Dr Ismail berkata, pihaknya telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes.

"Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapal terbang yang sama," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300 untuk tindakan susulan.

Untuk kenyataan penuh, sila klik link ini

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai yang kini sedang dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kepada Bernama, kakitangan kesihatan sedang berusaha mengesan semua penumpang dalam penerbangan itu dan mereka yang berhubungan dengan pelajar itu sejak kepulangannya.

"Ini amat penting dan semua perlu beri kerjasama untuk mencegah penularan wabak penyakit ini di negara ini.

"Kami telah mengambil pelbagai langkah pencegahan dan jabatan kesihatan sedang bekerja keras untuk mencegahnya," katanya.

Liow turut menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat.

Katanya, kes ini menjadikan Malaysia negara ke-36 yang mencatatkan kes tersebut.

"Malaysia kini berada dalam tahap berjaga-jaga yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Malaysia Airlines (MAS) dimaklumkan bahawa kes pertama influenza A (H1N1) dikesan membabitkan seorang penuntut yang menaiki penerbangan MH091, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Mei.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Operasi MAS, Datuk Tajuden Abu Bakar berkata penumpang itu tiba di KLIA pada 7.15 pagi, 13 Mei dari Newark, US.

Terdapat 192 penumpang dalam penerbangan itu dan mereka digesa menghubungi Kementerian Kesihatan ditalian 03-88810200/03-88810300.

MAS sudah menubuhkan pusat panggilan khas untuk krew penerbangan dan akan memberi nasihat, seperti arahan Kementerian Kesihatan, kepada mereka.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan terus bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang yang memasuki Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan