Krisis Perak: Pilihan raya akan wujudkan polarisasi kaum - Nazri

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecahbelahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Agung CawanganCawangan Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Katanya pilihan raya negeri Perak juga hanya akan menyebabkan perbelanjaan besar duit rakyat kerana dianggarkan kos sebanyak RM40 juta diperlukan kerana membabitkan 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, katanya Umno tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya negeri Perak kerana yakin menang kerana Barisan Nasional kini mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan mempunyai sokongan tiga wakil rakyat Bebas. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan