Pembangkang bincang krisis Perak hari ini

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin parti pembangkang akan mengadakan perjumpaan hari ini bagi membincangkan isu berhubung krisis politik Perak, dan bagi menentukan langkah seterusnya yang akan diambil.

Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata, tetapi ia adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri satu forum umum di sini malam tadi bagaimanapun enggan memberitahu di mana mesyuarat itu akan diadakan nanti.

Penasihat DAP itu juga berkata beliau akan mencadangkan supaya satu perjumpaan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu kerana ia membabitkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan