Pakatan Rakyat bincang krisis Perak hari ini

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu berhubung kemelut politik Perak.

Mesyuarat tersebut akan diadakan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada pukul 2 petang ini.

Menurut Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, antara agenda mesyuarat yang akan dibiincangkan dalam pertemuaan itu adalah mencari langkah penyelesaian bagi menghadapi kemelut politik di negeri itu.

"Pakatan Rakyat melihat krisis politik di Perak semakin parah. Jadi kita (Pakatan) perlu berbincang untuk cari jalan penyelesaian,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Antara pemimpin tertinggi Pakatan yang dijangka hadir ialah Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim ,Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan membubarkan DUN Perak bagi mengadakan pilihan raya kecil.

"Pendirian kita jelas, krisis di Perak hanya boleh diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih, bukan pihak istana dan mahkamah yang menentukan.

"Kita bersedia untuk berjumpa dan kita harap perjumpaan itu akan diadakan secepat mungkin.

"Jalan terbaik adalah membiarkan rakyat memilih," katanya selepas mesyuarat Pakatan di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan