Lelaki dari Bukit Mertajam disyaki dijangkiti H1N1

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang lelaki berumur 26 tahun dari Bukit Mertajam yang baru kembali dari Amerika Syarikat diletakkan di bawah pemerhatian di wad pengasingan Hospital Pulau Pinang (PGH) hari ini selepas didapati mempunyai simptom influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata lelaki itu mengalami demam semalam selepas pulang dari Dallas, AS tiga hari lepas.

"Beliau mendapatkan rawatan di hospital pagi ini dan bimbang yang dirinya mungkin dijangkiti virus H1N1 dan diletakkan di bawah pemerhatian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Phee berkata sampel darah lelaki itu telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur dan keputusannya akan diketahui esok.

Dua minggu lepas, seorang pelancong New Zealand dimasukkan ke wad pengasingan hospital itu kerana disyaki dijangkiti virus H1N1 tetapi kemudiannya ujian darah mendapatinya negatif virus itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan