ADUN BN Sarawak keluar Dewan

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Buat pertama kali dalam sejarah Dewan Perundangan Negeri Sarawak, Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) bertindak keluar Dewan sehingga menyebabkan persidangan terpaksa ditangguhkan semalam.

Ia bermula apabila Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mengemukakan satu usul berhubung isu tanah, apabila majoriti ADUN BN mula meninggalkan Dewan.

Hanya tinggal tujuh ADUN termasuk Chong dan seorang lagi ADUN DAP serta lima ADUN BN di dalam Dewan.

Kejadin ini berlaku berselang lima minit selepas ketua pembangkang, Wong Ho Leng (DAPBukit Assek) digantung dari menghadiri Dewan selama 12 bulan berhubung kenyataan yang dibuatnya di dalam Dewan semasa persidangan tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan kemudiannya memberitahu pemberita bahawa tindakan keluar Dewan itu bagi memberitahu pembangkang "siapa sebenarnya bos" di dalam Dewan. "Jika kami mahu bertindak nakal, setiap kali pembangkang mahu membangkitkan isu, kami akan keluar dan mereka tidak boleh bercakap. Tetapi kami tidak pernah melakukannya.

"Ini pertama kali Adun BN bertindak keluar Dewan. Hari ini kami mahu menunjukkan kepada mereka, siapa bos," katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata usul yang cuba dibentangkan Chong mempunyai kepentingan politik.

"Tahun lalu, kita telah banyak mengambil masa membincangkan isu berkaitan tanah. Jadi ia hanya membuang masa. Kini masanya untuk menyelesaikan masalah berkaitan," katanya.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Masing berkata tindakan keluar Dewan oleh Adun BN adalah bagi mengajar pihak pembangkang tentang sistem demokrasi berparlimen, bahawa pihak majoriti yang lebih berkuasa.

"Setiap kali pembangkang keluar Dewan, ia tidak meninggalkan sebarang kesan. Tetapi sekarang apabila BN bertindak demikian, ia menyebabkan sehingga Dewan terpaksa ditangguhkan," kata Masing yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan