Usul pertahan ulama pegang jawatan utama dibawa ke muktamar PAS - Berita Semasa | mStar

Usul pertahan ulama pegang jawatan utama dibawa ke muktamar PAS

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Dewan Ulama PAS dijangka membawa usul bagi mempertahankan pendirian agar hanya pemimpin bertaraf ulama sahaja yang wajar memegang jawatan presiden dan timbalan presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu bulan depan.

"Dewan Ulama tetap mempertahankan hanya pemimpin bertaraf ulama yang mesti memegang dua jawatan itu tetapi apa pun terpulanglah (kepada perwakilan)," kata ketuanya, Datuk Mohamed Daud kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di sini hari ini.

Mohamed berkata jika profesional yang memimpin parti itu, beliau bimbang pemimpin berkenaan hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam.

Beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya.

Mohamed berkata beliau tetap dengan keputusannya tidak mahu bertanding bagi mengekalkan jawatannya pada muktamar akan datang atas alasan beliau kini uzur dan jawatan itu perlu diberikan kepada pemimpin muda. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan