Nizar fail rayuan di Putrajaya, Zambry umum ketetapan Exco di Ipoh

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Exco, Ipoh tengah hari tadi.
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Exco, Ipoh tengah hari tadi.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Ia difailkan oleh barisan peguam Nizar di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mempengerusikan mesyuarat Exco pagi tadi di Bangunan SUK di Ipoh, mengumumkan beberapa keputusan antaranya berkaitan dengan sektor penerbangan dan pendidikan tinggi.

Beliau selesai mengadakan mesyuaratnya kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketika ditnya kenapa terlalu banyak sidang media di sana sini oleh parti politik, Zambry berkata, ia melibatkan proses mahkamah dan kes itu dicabar oleh Nizar di mahkamah.

"Biarlah proses pelaksanaan undang-undang dan perbicaraan berjalan tanpa gangguan.

"Kita tak ingin mencetuskan kekerohan di negeri ini... kita sebagai ahli politik akan berkhidmat untuk rakyat dan pembangunan negeri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan