MB Zambry pengerusikan mesyuarat Exco, Nizar fail rayuan

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tiba di Bangunan SUK Perak pada pukul 9.17 pagi untuk kembali bertugas sebagai Menteri Besar.
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tiba di Bangunan SUK Perak pada pukul 9.17 pagi untuk kembali bertugas sebagai Menteri Besar.

IPOH: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tiba di Bangunan SUK Perak pada pukul 9.17 pagi untuk kembali bertugas sebagai Menteri Besar.

Sejam kemudian beliau mempengerusikan mesyuarat Exco.

Terdahulu beliau dan Exco tiba di pekarangan Bangunan SUK berasingan.

BERITA TERDAHULU

IPOH: Bab baru krisis politik Perak masuk hari ketiga pagi ini dengan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memasuki kembali Bangunan SUK di sini pada pukul 9.17 pagi.Beliau seterusnya mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco pada pukul 10.20 pagi.

Semalam beliau memaklumkan bahawa akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK ataupun yang turut dikenali sebagai Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selepas Mahkamah Rayuan memutuskan sedemikian pukul 1.20 tengah hari semalam, sejam kemudian Nizar dan barisan Exconya meninggalkan pejabat masing-masing kerana "mahu menghormati keputusan mahkamah.

"Nizar hanya berada di pejabatnya kira-kira sejam termasuk 10 minit pada sebelah pagi semalam.

Beliau sempat mengadakan sidang media di pejabatnya sebelum keluar kira-kira 2.30 petang untuk minum di sebuah restoran berhampiran Bangunan SUK.

Difahamkan hari ini, Zambry akan mempengerusikan mesyuarat Exco pukul 10 pagi nanti dan disusuli dengan sidang media dua jam kemudian.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP semalam.

Zambry juga dipercayai akan mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional (BN) Perak petang ini.

Dalam pada itu, Nizar dijadual akan memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Salah seorang Exconya, N. Sivanesan berkata, pihaknya memutuskan demikian malam tadi selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan peguam Nizar.

Ia akan difailkan pukul 9 pagi ini di Putrajaya.

"Kami juga akan memohon agar rayuan ini didengar segera dan kami juga akan memohon agar permohonan ini didengar oleh tiga hakim mahkamah rayuan," kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi.

Perkembangan semalam berlaku tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin.Zambry berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan kelmarin sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

Beliau menekankan bahawa statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu dan mengangkat sumpah pada hari berikutnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan