Mas Selamat: Bila diserah kepada Singapura?

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Johor Bahru bukan tempat perlindungan pengganas di negara ini.

"Itu hanya persepsi orang. Saya orang Johor," katanya dalam sidang media di selepas mempegerusikan mesyuarat pasca kabinet di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penangkapan Ketua Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, di Kampung Tawakal, Skudai, Johor baru-baru ini.

Mas Selamat berjaya meloloskan diri daripada penjara Singapura tahun lalu merupakan seorang yang sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa negara jiran itu ekoran dakwaan dia dikatakan terlibat untuk meletupkan Lapangan Terbang Changi dalam satu serangan pengganas.

Bagaimanapun, dia berjaya meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road, dan kemudiannya dilaporkan berenang sejauh satu kilometer merentasi Selat Tebrau ke Johor Bahru.

Mengulas penangkapan Mas Selamat, Hishamuddin berkata, polis telah melakukan kerja yang baik dan telah menukar persepsi orang ramai terhadap pasukan tersebut.

Ditanya bila kerajaan akan menyerahkan Mas Selamat kepada polis Singapura, beliau berkata: Saya tidak boleh mendedahkannya ketika ini. Polis masih lagi menjalankan proses menyoal siasat."

"Kabinet hari ini juga bersetuju untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Singapura pada 21 dan 22 haribulan (Mei) dan saya rasa dan saya percaya perkara itu akan dibincangkan di peringkat paling tinggi oleh pemimpin tertinggi keduadua negara sewaktu lawatan itu," katanya.

Sementara itu, Hishammudin yang juga Naib Presiden Umno berkata, kementeriannya akan mengkaji semula undang-undang lapuk sedia ada.

"Akta yang dilihat sensasi sekarang ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan dikaji semula.

"Banyak akta yang tidak sesuai perlu dipinda dan seterusnya dimansuh," katanya.

Ketika ditanya apakah akta-akta tersebut, Hishamuddin berkata, beliau tidak boleh memberitahunya kerana belum bermesyuarat lagi.

Bagaimanapun, jelasnya, beliau telah menugaskan pihak polis, pasukan RELA dan imigresen untuk melihat akta yang tidak sesuai itu.

"RELA ditubuhkan semasa darurat, tak ada akta, ada peraturan sahaja.

"Tak kan RELA hendak disuruh kejar PATI (pendatang asing tanpa izin) sahaja," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan