Lelaki balik dari Thailand ditahan menyamai tanda H1N1 - Berita Semasa | mStar

Lelaki balik dari Thailand ditahan menyamai tanda H1N1

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki yang melawat Thailand minggu lepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana didapati ada tanda menyamai serangan virus influenza A(H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata lelaki berusia 51 tahun itu, menghidap selesema, batuk, demam serta mengalami cirit birit semasa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping semalam.

Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pihak hospital bertindak menahan lelaki terbabit dan menjalankan beberapa ujian bagi mendapatkan punca sebenar serangan penyakit ini.

Katanya lelaki berkenaan dimasukkan ke HRPB pada pukul 12.40 tengah hari ini.

"Sampel darah telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur dan kajian terhadap sampel darah akan mengambil masa 10 jam...keputusan ujian ini hanya akan diketahui esok," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Dr. Mah berkata Malaysia masih bebas daripada serangan influenza A (H1N1) tetapi langkah berjagajaga perlu diambil kerana lelaki berkenaan baru balik dari luar negara.

Katanya, lelaki dari Taiping itu mengunjungi Thailand pada Jumaat lepas dan berada di negara itu selama tiga hari.

Beliau berkata pemeriksaan juga akan dibuat terhadap kenalan dan saudara mara lelaki berkenaan yang berada bersamanya sejak kembali dari Thailand.

"Ini bukan untuk menakutnakutkan orang ramai tetapi saya ingin berpesan kepada orang ramai agar segera membuat pemeriksaan di mana-mana pusat perubatan terdekat jika mengesyaki tanda serangan virus berkenaan," katanya.

Sebelum ini, beberapa kes yang dikesan di Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor, disahkan sebagai negatif. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan