Kekanda Sultan Perak meninggal dunia

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Canning sini hari ini.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 10.45 pagi ini.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta kerabat diRaja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari ini.

Jurucakap Istana Kinta berkata jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan pada pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Sekedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan