Hishammuddin jumpa pemimpin Umno Terengganu selesai kemelut politik

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan perjumpaan dalam masa terdekat dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Turut akan ditemui ialah 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) serta lapan Ketua Umno bahagian.

“Sekarang ini saya sedang mengaturkan masa dan tempat yang sesuai untuk saya bertemu dengan mereka (Idris dan Ahmad Said), kelapan-lapan Ketua Umno bahagian dan selepas itu pada hari yang sama kita juga akan berjumpa dengan 28 ADUN BN negeri.

"Pada masa yang sama saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Idris Jusoh dan YAB MB Terengganu.

“Saya harap dengan mandat dan titah Tuanku (Sultan Perak), Presiden dan Timbalan Presiden Umno dan BN, saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, kita dapat memikirkan dan kaedah yang paling sesuai untuk melihat kehadapan dalam konteks politik Terengganu,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu ini dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Pada 14 April lepas, 10 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri persidangan Dewan Negeri kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan ADUN itu berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman yang diterima ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dan Zakaria Abdullah (Paka) berhubung kemelut politik di negeri ini.

Pengiriman SMS itu dipercayai ekoran daripada kenyataan Menteri Besar untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan berkenaan.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau membuat keputusan tersebut setelah menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin dan mendapatkan pandangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau mereka betul-betul sayang kepada Umno Terengganu, betul-betul ikhlas dalam perjuangan mereka, mereka akan sahut usaha kita untuk merapatkan barisan. Saya akan lihat sendiri perkara ini ketika saya bertemu dengan mereka selepas itu saya akan lapor semula kepada pucuk pimpinan dan ke bawah Duli Tuanku,”katanya.

Ditanya adakah cadangan untuk menukar Menteri Besar Terengganu akan dibincangkan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu, Hishamuddin yang juga ahli Parlimen Sembrong berkata: “Belum berjumpa. Itu bukan keputusan saya. Sebagai Penegerusi Badan Perhubungan Negeri saya tidak berhak untuk menukar mana-mana MB. Saya belum jumpa lagi, nanti dah jumpa kita dengan permintaan mereka.”

Bagaimanapun, beliau menggesa kesemua pemimpin Umno di Terengganu meletakkan kepentingan negeri sebagai keutamaan.

“Kalau itu menjadi keutamaan, saya rasa pertimbangan peribadi dan personaliti tidak menjadi perkiraan. Saya lihat ia boleh diketepikan untuk kita maju kehadapan,”katanya.

Jelas Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri beliau cuba mencari penyelesaian dan melaporkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Kabinet yang bermesyuarat hari ini telah meluluskan penubuhan Sekteriat Tetap Aseanapol (polis Asean).

Menurut beliau, sekteriat tersebut akan bertanggungjawab dalam kerjasama yang melibatkan aspek keselamatan antara pihak-pihak berkuasa diperingkat ASEAN dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Penubuhan sekretariat tetap itu, katanya, dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pagi tadi.

“Pengiktirafan penubuhan Aseanapol di Malaysia adalah sesuatu yang membanggakan. Kita akan memastikan bahawa keputusan itu akan membantu kita bukan sahaja mengeratkan hubungan di antara agensi-agensi keselamatan di peringkat serantau,”katanya.

Ditanya mengenai bidang tugas Aseanapol, Hishamuddin berkata perkara tersebut akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Jelasnya, Malaysia dipilih sekretariat tetap polis Asean hasil persidangan ketua-ketua polis Asean di Brunei pada 25 hingga 29 Mei tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan