Ahmad Ramzi dibebaskan dengan jaminan polis

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil.

Beliau berkata, Ahmad Ramzi yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMs), dibebaskan setelah polis mengambil keterangan beliau.

Bagaimanapun, katanya, polis telah merampas sebuah lagi komputer riba di rumahnya di Kota Damansara, Selangor awal pagi ini.

Sebelum itu polis telah merampas dua buah komputer riba dan sebuah modem di kediamannya di Kampung Kubang Parit di sini Isnin lepas.

Hamzah berkata, Ahmad Ramzi disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Kesiksaan bagi kesalahan ugutan jenayah dan Seksyen 500 Kanun Kesiksaan bagi kesalahan menfitnah serta Seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Ahmad Ramzi dilihat keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu pada kira-kira 9.20 pagi ini.

Beliau yang kelihatan sedikit pucat, berpakaian kemas dengan kemeja lengan panjang warna biru telah disambut oleh beberapa saudara mara dan sahabatnya di pekarangan IPK.

"Tak ada apa-apa....terima kasihlah," katanya ringkas kepada pemberita yang menunggu sebelum beliau menaiki sebuah kereta Mercedes berwarna perak yang sedang menunggunya dan meninggalkan kawasan itu.

Ahmad Ramzi ditangkap polis di satu lokasi di bandar raya ini kira-kira 8.30 pagi semalam bagi membantu siasatan setelah dia gagal tampil memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Sebelum itu, polis telah memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

Bagaimanapun setelah tempoh itu berakhir, polis mendapatkan waran tangkap terhadap Ahmad Ramzi.

Pada 13 April lepas, tiga Anggota Dewan Undangan Negri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan bunuh.

Keadaan itu menyebabkan 10 ADUN termasuk tiga yang menerima SMS itu enggan hadir ke sidang DUN Terengganu pada keesokan harinya (14 April). BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan