SMS ugutan: Setiausaha Politik bekas MB Terengganu ditahan

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DITAHAN...Bekas Setiusaha Politik, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes SMS ugutan terhadap ADUN BN. Foto THE STAR Oleh M.AZHAR ARIF.
DITAHAN...Bekas Setiusaha Politik, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes SMS ugutan terhadap ADUN BN. Foto THE STAR Oleh M.AZHAR ARIF.

KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menahan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan kes penghantaran SMS ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu, bulan lepas.

Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh itu, ditangkap di satu lokasi di bandar raya ini pada kira-kira pukul 8.30 pagi setelah dia gagal tampil memberi keterangan berhubung kes itu.

Polis, sebelum ini memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

Tempoh itu berakhir semalam dan sehubungan itu, polis mendapatkan waran tangkap terhadap Ahmad Ramzi.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata pihaknya mempunyai bukti untuk mempercayai Ahmad Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Beliau berkata polis turut merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah Ahmad Ramzi di Kampung Kubang Parit di sini, pada kira-kira pukul 3 petang semalam.

Pada 13 April lepas, tiga Adun BN iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan bunuh.

Keadaan itu menyebabkan 10 Adun termasuk tiga yang menerima SMS itu enggan hadir ke sidang DUN Terengganu pada keesokan harinya (14 April).

Hamzah berkata dengan penahanan Ahmad Ramzi yang merupakan calon BN pada pilihan raya umum lepas, polis yakin siasatan terhadap kes itu sudah 95 peratus selesai.

Beliau berkata ahli politik itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan lanjut dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

"Sebaik siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan