Rakyat mesti diutamakan dalam kemelut politik Perak - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak yang terlibat dalam kemelut politik di Perak harus mencari satu jalan penyelesaian secepat mungkin kerana masalah itu akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

"Kalau tidak ada satu pendekatan menyeluruh untuk menangani masalah ini kita bimbang kerana ia sudah berlarutan sekian lama dan oleh sebab itu semua pihak mungkin boleh melihat pendekatan lain walaupun ia ada kaitan dengan soal perlembagaan.

"Segala-galanya mesti kita lihat dari segi kepentingan rakyat. Walau apapun keputusan mesti tidak membelakangkan kepentingan rakyat dan sah dari segi undang-undang supaya rakyat tidak berhadapan dengan masalah kerana pentadbiran tidak boleh berjalan," katanya selepas melawat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran di Bukit Kiara di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan kesediaan untuk mencari titik persamaan untuk menyelesaikan konflik politik di Perak itu.

"Yang paling utama ialah rakyat negeri Perak tidak menanggung kesan daripada kemelut ini. Walau apapun keputusan yang dibuat, kita nak supaya satu kerajaan yang kukuh wujud di sana dan kerajaan itu mampu membantu bangunkan negeri Perak," katanya.

Ditanya sama ada Barisan Nasional bersedia jika pilihan raya negeri diadakan di Perak, beliau berkata:

"Saya tidak boleh ramalkan apaapa yang akan berlaku mulai dari sekarang walaupun semalam mahkamah telah buat keputusan bahawa (Datuk Seri Mohammad) Nizar (Jamaluddin) adalah Menteri Besar.

"Kita (BN) hari ini kemukakan rayuan untuk tentang keputusan yang telah dibuat (semalam)." BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan