Polis bertopeng lengkap senjata tangkap Mas Selamat

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Penduduk Kampung Tawakal, Skudai, gempar melihat berpuluh anggota polis bertopeng dan lengkap bersenjata memasuki kawasan kediaman mereka pada awal subuh bulan lepas.

Mereka tidak menyangka kehadiran ramai anggota polis itu adalah untuk mengepung rumah yang didiami oleh ketua Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari.

"Saya terkejut melihat ramai anggota polis yang bertopeng dan membawa senjata berada di sekeliling rumah, seolaholah sedang menunggu untuk bertempur," kata Mohd Saad Maljo, 57, kepada Bernama hari ini.

Tidak lama selepas itu, katanya, anggota polis mula memanggil penghuni rumah yang sedang dikepung itu supaya keluar dan segera menyerah diri atau mereka akan menyerbunya.

Dari rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah yang dikepung itu, Mohd Saad melihat anggota polis menendang pintu rumah kayu itu itu dan memasukinya tanpa melepaskan sebarang tembakan.

Katanya beliau mengenali lelaki yang mendiami rumah itu hanya dengan panggilan "wak" dan menyangkanya seorang warga Indonesia berdasarkan tutur katanya yang pekat Bahasa Indonesia.

Penangkapan ketua JI Singapura itu menamatkan operasi buruan lelaki yang dianggap sebagai amat berbahaya selepas dia meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road di Singapura pada 27 Feb tahun lepas.

Mohd Saad berkata beliau melihat polis membawa keluar seorang yang kepalanya ditutup dengan kain dan tangannya digari.

Seorang peniaga gerai di kampung itu, Yusman Yusof, 27, pula berkata sejak beberapa bulan lepas beliau menyedari kampung itu sering didatangi beberapa lelaki yang tidak dikenalinya.

"Mereka sering datang minum di kedai saya dan menyatakan bahawa mereka ingin ke kawasan hutan berhampiran untuk menangkap burung," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan