Pemimpin BN yakin berpeluang untuk rayuan kes Perak

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun sukar untuk menerima keputusan Mahkamah Tinggi Isnin yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun rata-rata pemimpin Barisan Nasional (BN) percaya masih ada peluang untuk membuat rayuan.

Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan, ketika ditemui pemberita berkata, parti itu akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula meminta para penyokong BN supaya bertenang dan tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga anggota Umno Datuk Hassan Malek pula berpendapat, parti bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

"Kita akan menghadapi sebarang kemungkinan dan keputusan itu amat mengejutkan," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, pula berpendapat rayuan mahkamah perlu dikemukakan berhubung keputusan mahkamah itu.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika ditemui pada majlis ulang tahun ke-63 Umno di sini malam ini juga mempunyai pendapat sama - masih ada peluang untuk kemukakan rayuan.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai ucapan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan perubahan dilakukan dalam parti bagi memastikan Umno terus relevan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata anggota Umno juga mempunyai tanggungjawab untuk melakukan perubahan untuk masa depan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin berkata beliau cukup yakin pendekatan Najib boleh memberikan aspirasi baru kepada anak muda dan percaya golongan itu akan memberikan sokongan kepada Umno.

"Dalam parti pula, kita sedia membuat perubahan dari segi aspek, contohnya perlembagaan untuk masa depan orang Melayu dan rakyat Malaysia," katanya lagi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan