PBS bahagian Tandek calonkan Pairin sebagai Presiden

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA MARUDU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tandek sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan mengekalkan jawatan presiden pada pemilihan tiga tahun sekali parti itu, yang akan diadakan November ini.

Pada mesyuarat agung tahunannya semalam, bahagian itu juga meluluskan usul mengekalkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili sebagai timbalan presiden.

Ongkili, yang juga ketua PBS Bahagian Tandek, berkata Pairin terus mendapat sokongan penuh anggota PBS bagi menerajui parti itu selama tiga tahun lagi.

"Parti memerlukan kepimpinan beliau bagi memperhebatkan lagi perjuangan dan perkhidmatannya untuk rakyat," katanya hari ini.

Beliau berkata bahagian itu juga sebulat suara meluluskan usul menggesa kepimpinan parti mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya mewujudkan semula kawasan pilihan raya negeri Langkon dalam kawasan Parlimen Kota Marudu melalui urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya akan datang.

Dr Ongkili berkata Kota Marudu adalah antara kawasan parlimen terbesar di negara ini, dengan keluasan lebih kurang sama dengan keluasan Pulau Pinang dan Perlis digabungkan.

Jumlah penduduknya juga bertambah, manakala jumlah pemilih meningkat kepada kirakira 32,000 orang, kata beliau.

Sebelum 1999, kawasan parlimen Kota Marudu (sebelum ini dikenali sebagai Bandau), mempunyai tiga kerusi negeri iaitu Matunggong, Tandek dan Langkon. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan