Nizar pengerusi mesyuarat Exco 12 malam, 8 jam susulan keputusan mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meletakkan penghadang dan bersedia dengan trak meriam air di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini sebagai langkah berjaga-jaga jika timbul sebarang kekecohan --fotoTHE STAR oleh ZABIDI TUSIN
ANGGOTA Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meletakkan penghadang dan bersedia dengan trak meriam air di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini sebagai langkah berjaga-jaga jika timbul sebarang kekecohan --fotoTHE STAR oleh ZABIDI TUSIN

IPOH: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang disahkan sebagai Menteri Besar Perak selepas 96 hari 'berehat' akan mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya pada pukul 12 tengah malam ini.

Beliau akan mengadakan sidang media di rumahnya di Sungai Rokam pada pukul 12.30 malam.

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang disahkan sebagai Menteri Besar selepas 96 hari 'berehat' akan mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya pada pukul 11 malam ini.

Ia disahkan oleh Datuk Ngeh Khoo Ham yang merupakan Exco Kanan dalam kerajaan Pakatan Rakyat sehingga awal Februari lalu.

"Kami akan adakan mesyuarat Exco pukul 11 malam dan selepas itu kami akan adakan sidang media," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mesyuarat itu turut disahkan oleh seorang lagi ADUN Pakatan, N. Sivanesan yang juga Exco sehingga Februari lalu.

Ngeh yang Pengerusi DAP Perak berkata, esok pihaknya akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Raja Muda Raja Nazrin.

"Esok, pagi kami cuma nak memohon untuk menghadap Tuanku bukan menghadap...media telah petik petang tadi," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, Nizar juga tidak pernah meletakkan jawatan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan