Kedudukan Raymond Tan diketahui esok

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dijangka mengumumkan esok sama ada Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Raymond Tan, kekal sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Kenyataan Jabatan Ketua Menteri hari ini berkata, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional negeri, akan mengadakan sidang akhbar sejurus selepas mesyuarat mingguan kabinet negeri, yang bermula 10 pagi.

"Besar kemungkinan Ketua Menteri akan mengumumkan kedudukan Tan dalam kabinet negeri esok," kata satu sumber yang layak dipercayai.

Spekulasi bahawa rombakan kecil kabinet akan berlaku diperkatakan sejak minggu lepas dan menjadi semakin hangat apabila Tan, bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), membuat keputusan menganggotai Parti Gerakan Rakyat Malaysia, sebuah parti dari semenanjung, baru-baru ini setelah tidak menyertai sebarang parti selama hampir sembilan bulan.

Bekas Ketua Pemuda SAPP Au Kam Wah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Elopura, yang turut menyertai Gerakan, dijangka dilantik sebagai seorang Menteri Muda bagi mengisi kekosongan yang wujud setelah bekas Menteri Muda Kewangan, Melanie Chia, memilih untuk kekal bersama SAPP dan meletakkan jawatan apabila parti itu keluar daripada BN pada 17 September tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan