PAS sokong kerjasama pembangkang dan BN selesai isu di Perak

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS menyokong penuh cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, itu adalah antara langkah terbaik bagi mengelakkan kekeliruan rakyat dalam menangani isu berkenaan.

"PAS menyokong saranan Perdana Menteri itu dan ini adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di Perak dan diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Najib mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum itu yang telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan