Krisis Perak: Umno akan cari penyelesaian terbaik

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan memikirkan jalan penyelesaian terbaik berhubung keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Najib berkata, keputusan mahkamah itu bukanlah sesuatu yang melemahkan semangat Umno.

"Ini bukan kali pertama Umno berhadapan dengan cabaran.

"Ini bukan pengakhiran dunia. Kita parti yang sedia terima cabaran.

"Kita akan bina semangat baru," kata beliau dalam ucapannya sempena sambutan ulang tahun Umno ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir adalah pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Mohammad Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah antara Mohammad Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada BN, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri dan tidak pernah meletak jawatan.

Selain itu, Najib berkata, Umno perlu mendengar denyut nadi rakyat jika parti itu ingin terus berkuasa.

"Kalau kita ingin jadi parti yang kekal relevan, Umno tidak ada pilihan dan mesti berani buat perubahan untuk berada di saf hadapan," katanya.

Najib berkata, beliau telah memulakan perubahan tersebut dengan memperkenalkan konsep 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata, rakyat tidak mahu perkara bersifat retorik sebaliknya mereka mahu kepada perubahan.

'Satu Malaysia' berpaksi kepada Perlembgaan dan Rukun Negara dan kejayaan Umno mesti berpaksi kepada kejayaan orang-orang Melayu.

"Insya Allah, dengan semangat yang lebih intuisif, Umno mampu untuk menghadapi pelbagai rintangan," katanya.

Katanya lagi, dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat yang mesti didahulukan.

"Kita mesti menjadi anggota parti yang sanggup berkhidmat bukan sahaja kepada Perlembagaan parti malah berpaksikan semangat dan budaya tawaduk menyusuri susah payah rakyat perlu dipupuk di kalangan ahli-ahli parti," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan