Krisis Perak: BN kemukakan rayuan - Najib

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, kemungkinan esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kami berpendapat kami mempunyai kes yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di pejabatnya di sini.

Ditanya apa yang berlaku di Perak bagi tempoh sekarang sehingga pendengaran rayuan itu, Najib berkata: "Kami mesti tentukan tarikh (untuk kemuka rayuan), mungkin esok".

Beliau menggesa penduduk di Perak untuk bertenang dan tidak terlalu teruja dengan perkembangan terbaru itu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Datuk Zambry Abd Kadir dari Barisan Nasional (BN) bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Ditanya sama ada Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan bagi memberi laluan bagi pilihan raya baru di negeri itu berikutan perkembangan terbaru itu, Najib berkata, ia merupakan bidang kuasa Sultan Perak (untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri).

Kepada soalan sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak dalam masa terdekat, Perdana Menteri berkata beliau tiada masalah untuk menghadap sultan.

Dalam keputusannya hari ini, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan bagi penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan dan memerintahkan Zambry dan anggota Exconya melepaskan jawatan secepat mungkin. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan