10 peserta candat sotong dipanah petir

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CEDERA Adnan Dollah, 49, menunjukkan kecederaan yang dialaminya akibat disambar petir sewaktu berada dalam bot untuk mencandat sotong ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam semalam, 10 peserta yang menyertai ekspedisi mencandat sotong disambar petir dan menyebabkan kesemua mangsa mendapat cedera ringan manakala Adnan mengalami kecederaan di bahagian dada. -- fotoBERNAMA
CEDERA Adnan Dollah, 49, menunjukkan kecederaan yang dialaminya akibat disambar petir sewaktu berada dalam bot untuk mencandat sotong ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam semalam, 10 peserta yang menyertai ekspedisi mencandat sotong disambar petir dan menyebabkan kesemua mangsa mendapat cedera ringan manakala Adnan mengalami kecederaan di bahagian dada. -- fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kegembiraan 10 peserta yang menyertai ekspedisi mencandat sotong, bertukar tragedi apabila mereka disambar petir di perairan Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Berikutan kejadian itu, lima daripada mereka termasuk seorang yang cedera parah, terpaksa ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini manakala lima lagi diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Mangsa yang ditahan di hospital berkenaan ialah Adnan Dollah, 49, Shahrulnizam Kamaruddin, 22, Shahrulnizam Yahya, 25, Shahminizam Shahar, 17, dan Zuhaimi Mad Amin, 39.

Lima lagi yang dibenarkan keluar daripada HSNZ ialah Hamidi Ibrahim, 45, Kamat Ibrahim, 30, Rosli Shafie, 39, Miskom Jemari, 30, dan Shahar Abu Bakar, 49.

Menceritakan pengalaman ngeri itu, seorang mangsa, Shahrulnizam berkata, hujan lebat yang disusuli petir berlaku ketika mereka sedang mencandat sotong kira-kira pukul 10 malam.

"Saya nampak satu cahaya yang sangat cerah disusuli petir menyebabkan saya hampir pitam. Dalam keadaan kelam-kabut, saya lihat kaki saya bengkak dan punggung saya susah diangkat," katanya ketika ditemui.

Shahrulnizam berkata, semasa kejadian, beliau berada di bahagian belakang bot bersama beberapa rakannya yang lain.

"Saya fobia dan mungkin tidak akan mencandat sotong lagi selepas ini. Tahun lepas, kami pernah datang mencandat sotong, tetapi tidak jadi seperti ini," katanya yang cedera di telinga.

Hamidi yang mengetuai ekspedisi mencandat sotong kakitangan Jabatan Kraftangan Putrajaya itu, berkata ketika kejadian mereka sedang melakukan aktiviti itu di perairan Kuala Terengganu berhadapan Pulau Duyong.

Beliau berkata, mereka tiba di sini, Khamis lepas dan menyewa sebuah bot di Seberang Takir untuk menyertai ekspedisi itu, yang dijadualkan berakhir semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Nordiyanah Hassan ketika dihubungi berkata, kelima-lima mangsa yang masih dirawat di hospital itu berada dalam keadaan baik dan stabil.

Beliau berkata, kesemua mangsa hanya cedera ringan kecuali seorang yang melecur di bahagian dada kanan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan