Sukan diberi penekanan semula di sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan yang menjadi sebahagian kegiatan kokurikulum di sekolah akan diteliti semula bagi memastikan ia benar-benar dapat melahirkan pelajar yang sihat dan cerdas, kata Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, ini kerana pembangunan sukan di kalangan pelajar sekolah sejak akhir-akhir ini kurang diberi perhatian terutama daripada kalangan ibu bapa.

"Saya fikir kita mungkin terlepas sesuatu yang amat penting dalam hidup. Sukan ialah sumber bagi kesihatan, keseronokan dan berinteraksi," katanya pada majlis penyampaian sumbangan berjumlah RM200,000 oleh TSM Charity Golf kepada 20 badan kebajikan seluruh negara.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap semua ibu bapa bersetuju dengan hasratnya untuk meneliti semula kegiatan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

Katanya, ini adalah sebagai penambahbaikan kepada pelajar supaya mereka bukan sahaja cerdik dan berilmu, tetapi juga cergas dan aktif bersukan.

Muhyiddin berkata, beliau tidak mahu sistem pendidikan di negara ini hanya bertumpu kepada buku dan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan semata-mata.

"Kita mahu pelajar yang cerdas dan cergas. Mereka mesti ada sukan dan aktiviti kokurikulum yang kita tekankan," katanya.

Selain itu, beliau mendapati ada perbezaan yang ketara terhadap sambutan Hari Sukan yang dianjurkan di sekolah-sekolah pada masa ini dan zaman dahulu.

"Pada masa saya bersekolah dahulu, sambutan Hari Sukan cukup meriah, seluruh bandar turut terlibat secara langsung dan tidak langsung, sekarang kita tidak lihat perkara sebegitu lagi.

"Jadi saya fikir, sebagai Menteri Pelajaran, saya mahu kembalikan kemeriahan aktiviti sukan di sekolahsekolah," katanya.

Beliau berkata, jika di United Kingdom misalnya, sistem pendidikan negara itu mewajibkan pelajar menyertai sekurang-kurangnya dua jenis sukan dalam tempoh pengajian mereka.

Muhyiddin berkata, beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Md Dom yang membangkitkan masalah kekurangan padang dan guru sukan.

Beliau juga berkata, memandangkan 80 peratus guru kini terdiri daripada wanita, satu insentif bakal diperkenalkan untuk menarik lebih ramai lelaki menyertai bidang perguruan.

"Tetapi ini bukan bermakna saya memandang rendah kebolehan guru wanita, tetapi kita perlu mempunyai lebih ramai guru lelaki," katanya..

Pada majlis itu juga, satu program anak angkat dilancarkan oleh Badan Kebajikan Barisan Nasional Parlimem Pagoh bagi membantu membiayai anak-anak miskin yang akan menerima RM100 sebulan daripada sumbangan RM20,000 oleh TSM Charity Golf. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan