Konotasi negatif, Entulu gesa henti guna istilah "Dayak"

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Istilah "Dayak", yang dicipta oleh penjajah bagi merujuk kepada 26 masyarakat bukan Islam di Sarawak pada 1820-an, tidak lagi wajar digunakan sekarang, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun. Katanya, penggunaan istilah itu patut dihentikan kerana ia membawa konotasi negatif seperti tidak bertamadun, kasar dan berkelas rendah.

"Malah, beberapa tahun lepas, beberapa pemimpin masyarakat bukan Islam Sarawak mencadangkan agar kerajaan menggugurkan penggunaan istilah itu.

"Saya percaya cadangan ini mendapat sokongan menyeluruh daripada pemimpin dan mereka yang berkenaan.

"Oleh itu, saya ingin mengulangi saranan kepada kerajaan supaya menimbang untuk menggugurkan penggunaan istilah itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pelantikan anggota jawatankuasa baru Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Rajang, yang diketuai pengerusinya Maj (B) Mosses Ripai di sini malam tadi.

Entulu berkata walaupun merangkumi lebih separuh daripada 2.5 juta penduduk negeri ini, masyarakat pribumi Sarawak, masih belum diiktiraf berdasarkan kumpulan etnik masing-masing.

"Kalau kita lihat pada borang atau dokumen rasmi, dalam ruangan bagi bangsa, mereka hanya menyebut sama ada Melayu, Cina, India atau lain-lain.

"Ini berlaku walaupun pada hakikatnya, mereka yang dirujuk sebagai "Dayak" ini, merupakan penduduk majoriti negeri ini dan antara kumpulan penduduk utama negara ini.

"Saya percaya, adalah lebih bijaksana dan tepat, jika istilah khusus seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit dan sebagainya digunakan," kata beliau.

Entulu berkata beliau mendapat tahu bahawa ada anggota masyarakat Dayak yang bekerja di Semenanjung Malaysia, tidak dibenarkan melabur dalam Amanah Saham Nasional atau memohon rumah kos rendah kerana ada pihak menganggap mereka bukan kaum bumiputera.

Terdahulu, dalam ucapannya, Entulu menasihati pertubuhan sosial dan kebudayaan seperti SDNU, Persatuan Dayak Iban Sarawak dan sebagainya supaya tidak terlibat dengan politik.

"Serahkan saja politik kepada orang politik. Persatuan anda akan menerima padah apabila pemimpinnya bertindak sebagai orang politik," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan