Bakal calon Bebas Penanti selesa beri khidmat tanpa parti politik

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Aminah Abdullah, yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, menolak tanggapan bahawa calon yang tidak mewakili sebarang parti politik tidak boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

Beliau berkata, perkhidmatan kepada masyarakat memerlukan keikhlasan serta kesungguhan dan bukan dibuat secara terpaksa, mencari populariti atau mahukan nama.

Ketika ditemui Bernama di sini semalam, beliau berkata, wakil rakyat seharusnya berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat, bukan menggunakan status itu untuk mencari populariti dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Ditanya apakah beliau boleh memikul tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk Penanti memandangkan beliau bukan berasal dari kawasan itu, Aminah, 56, anak kelahiran Air Itam di sini berkata itu bukan alasan untuk beliau tidak memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

"Saya mempunyai ramai kenalan dan saudara di sana dan mereka juga sudah mengenali saya ketika saya aktif sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) negeri.

"Kekurangan sumber juga bukan satu halangan bagi saya sebab saya dah biasa berjuang melalui NGO, yang sememangnya dalam keadaan serba kekurangan," katanya.

Ibu kepada empat puteri berumur antara 13 tahun dan 25 tahun itu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2007 setelah merasakan perjuangan parti itu tersasar jauh daripada landasan awal penubuhannya sekitar tahun 2000.

Sebagai orang yang menjadi antara pengasas dan pejuang KeAdilan di Pulau Pinang, beliau melihat perjalanan PKR kini sudah tidak lagi sama seperti dahulu dan kunci utama parti itu iaitu keadilan sudah tidak ada lagi dalam parti berkenaan.

"Kalau keadilan masih ada dalam parti itu maka pilihan raya kecil ini tidak akan berlaku," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan setelah wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu pada 16 April lepas kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pascaijazah.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mei sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei ini untuk pengundian jika terdapat pertandingan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan