Timbalan Presiden MIC: Subramaniam mahu tanding lagi

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATUK S. Subramaniam (kanan) bersalam dengan Datuk G. Palanivel ketika hari penamaan calon jawatan Timbalan Presiden MIC pada Jun 2006. Palanivel ketika itu Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri menewaskan Subramaniam. Jawatan Timbalan Presiden dijangka menjadi rebutan empat calon.
DATUK S. Subramaniam (kanan) bersalam dengan Datuk G. Palanivel ketika hari penamaan calon jawatan Timbalan Presiden MIC pada Jun 2006. Palanivel ketika itu Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri menewaskan Subramaniam. Jawatan Timbalan Presiden dijangka menjadi rebutan empat calon.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam hari ini mengumumkan akan bertanding semula bagi merampas balik jawatan itu pada pemilihan yang dijadual berlangsung September ini.

Beliau yang pernah memegang jawatan itu selama 25 tahun telah tewas kepada Datuk G. Palanivel tiga tahun lalu.

Dengan keputusan beliau itu, termasuk Palanivel dan Subramaniam dua lagi calon dijangka akan mencuba nasib.

"Ramai yang telah meminta saya bertanding bagi jawatan timbalan presiden. Oleh itu, hari ini saya mengambil peluang untuk mengumumkan di bahagian saya bahawa saya akan bertanding jawatan timbalan presiden," kata beliau ketika dihubungi.

Ketika ditanya mengumumkannya hari ini, bekas timbalan menteri itu berkata, ahli-ahli akar umbi dan media telah berulang kali bertanya perkara ini.

"Oleh itu saya merasakan adalah sesuai mengumumkannya hari ini," kata beliau.

Beliau membuat pengumuman itu ketika membuka Persidangan Perwakilan MIC Bahagian Seputeh hari ini.

Subramaniam merupakan ketua bahagian itu dan telah mengekalkan kedudukannya.

Bahagian-bahagian dalam Wilayah Persekutuan mengadakan persidangan masing-masing hari ini.

Mengenai peluang untuk mendapatkan semula jawatan itu, Subramaniam memberitahu: "Saya bertanding dengan keyakinan... biar kita lihat (keputusan)."

Subramaniam menambah, beliau akan memulakan usaha 'berkempen' hanya selepas kesemua bahagian selesai mengadakan persidangan masing-masing.

Persidangan perwakilan bahagian dijangka berakhir dalam tempoh seminggu ini.

Ketika ditanya mengenai persaingan, beliau berkata, setakat ini difahamkan pertarungan kemungkinan membabitkan tiga ataupun empat calon.

"Saya tidak tahu, ada yang berkata tiga atau empat calon," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan