Pelatih JPJ meninggal dunia, 3 di ICU dijangkiti bakteria

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tiang Dua di sini meninggal dunia, sementara tiga di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka dan sembilan lagi dimasukkan ke wad pengasingan hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Dr Ghazali Othman berkata kesemua mereka dipercayai dijangkiti bakteria "meningitis".

"Seramai 85 lagi pelatih di kuarantin di akademi berkenaan untuk pemantauan," katanya ketika di hubungi di sini, malam tadi.

Beliau berkata pelatih lelaki yang meninggal dunia itu telah dimasukkan ke hospital itu pada 2 Mei dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Pelatih itu telah dimasukkan ke hospital selepas mengadu demam, batuk, pening dan hidung berair, kata Dr Ghazali.

Beliau berkata, sementara rakan-rakannya yang lain dimasukkan ke hospital itu secara berperingkat sejak 2 Mei lepas.

Dr Ghazali berkata, sebelum kejadian itu, seramai 100 pelatih akademi itu telah menjalani latihan di luar akademi dalam tiga kumpulan iaitu di Pedas, Negeri Sembilan, Muar, Johor dan Bukit Katil, Melaka selama tiga hari mulai 27 April.

"Kesemua pelatih terbabit kembali ke akademi berkenaan pada 2 Mei lepas dimana antara mereka mengadu hidung berair, pening dan demam," katanya.

Beliau berkata punca penyakit berkenaan sedang disiasat dan akan mengadakan sidang akhbar pagi ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Md Yunos Husin yang melawat pelatih terbabit berkata mereka dalam keadaan stabil. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan