Najib mahu rakyat Malaysia lihat persamaan, bukan perbezaan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGANUT Buddha menyalakan lilin di Kuil Subang Jaya sempena merayakan perayaan Wesak esok, hari ini --fotoBERNAMA
PENGANUT Buddha menyalakan lilin di Kuil Subang Jaya sempena merayakan perayaan Wesak esok, hari ini --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia supaya tidak menumpukan kepada perbezaan antara satu sama lain sebaliknya mencari titik persamaan di kalangan mereka.

"Atas semangat kemajuan insan, atas semangat memajukan negara yang megah ini, atas semangat 1Malaysia," katanya dalam mesej sempena Hari Wesak, yang akan disambut oleh semua penganut Buddha di seluruh dunia.

"Esok (hari ini), ramai orang di Malaysia dan di seluruh dunia akan menyambut Hari Wesak, hari yang paling suci dalam kalendar penganut Buddha. Ia merupakan hari meraikan kelahiran, kesucian kesedaran dan kematian Buddha.

"Ia juga merupakan hari yang mana usaha khas dilakukan untuk memberikan kegembiraan kepada orang lain, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik. Sebagai menghormati Hari Wesak, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghormatan saya kepada masyarakat beragama Buddha.

"Perayaan dan nilai-nilai yang dibawa Hari Wesak telah berkurun lamanya. Semua tradisi ini dan ajaran Buddha tentang keamanan sejagat kepada umat manusia telah mencorakkan lagi kekayaan warisan masyarakat kita, katanya dalam mesej yang diposkan di dalam blognya di www.1malaysia.com.my.

Katanya kepelbagaian warisan inilah yang telah menjadi asas kepada harmoni yang diperjuangkan dan asas kepada kejayaan Malaysia.

Perdana Menteri juga merakamkan penghargaan atas segala usaha kebajikan oleh mereka yang merayakan Hari Wesak ini iaitu mereka yang yang mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan menghulurkan bantuan walaupun kecil kepada mereka yang sedang menghadapi kesukaran.

"Kita semua boleh mengambil iktibar daripada kebaikan hati ini dan kita sewajarnya berusaha untuk meneruskannya sepanjang tahun kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Apa yang paling saya hargai tentang agama ini ialah ajarannya yang menyeru semua penganut Buddha untuk mencapai tahap kesempurnaan melalui cara yang aman.

"Ini adalah satu golongan masyarakat yang berpegang teguh kepada kepercayaan melakukan perkara baik demi memastikan pembalasan baik yang berpanjangan dan sedia menerima orang lain walaupun jelas berbeza.

"Peraturan moral dalam agama Buddha harus dipuji dan nilai-nilai yang serupa juga diamali oleh kebanyakan agama lain. Tidak mengira apa juga agama, etnik mahupun fahaman, terlalu banyak yang menjadikan kita serupa. Sebagai manusia dan sebagai rakyat Malaysia," kata Perdana menteri.

Najib berharap untuk menerima lebih banyak maklum balas daripada masyarakat beragama Buddha dalam interaksi beliau dengan rakyat, sama ada di jalanan, di acaraacara mahupun melalui laman webnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan