Mas Selamat sering berhubung dengan 2 lelaki dipercayainya

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sejurus selepas berjaya memasuki Johor daripada Singapura, Mas Selamat Kastari yang didakwa mengetuai kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura telah menemui dua kenalan yang amat dipercayainya di Johor Baharu.

Bernama difahamkan, ketika berada di Johor, ketua pengganas itu telah menemui lelaki yang dikenali sebagai Abdul Matin yang tinggal di Ulu Tiram dan Johar Hassan yang menginap di sebuah kawasan perkampungan di Skudai.

"Sejurus tiba di Johor selepas berenang daripada Woodlands, Singapura, Mas Selamat telah ke Ulu Tiram mencari Abdul Matin, yang dipercayai merupakan seorang anggota biasa JI," menurut sumber yang mempunyai pengetahuan tentang penangkapan ketua pengganas itu kepada Bernama hari ini.

Tidak lama selepas itu, warga Singapura yang melarikan diri daripada penjara kawalan maksimum republik itu tahun lepas telah menemui Johar, seseorang yang bersimpati terhadap perjuangan JI di Skudai, katanya.

Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa sebelum ini, Abdul Matin dan Johar telah ditahan polis pada 1 April lepas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penangkapan Mas Selamat, yang kini ditahan di bawah ISA bagi tujuan siasatan lanjut polis.

Sumber itu memberitahu Bernama, sepanjang masa berada di Johor, Mas Selamat dipercayai hanya berhubungan dengan dua lelaki terbabit yang amat dikenali dan dipercayainya.

Kenyatannya itu menyangkal dakwaan sebuah badan pemikir keganasan antarabangsa, International Crisis Group (ICG) di dalam artikel yang disiarkan laman web akhbar Straits Times Singapura hari ini dengan memetik kenyataan penganalisis ICJ Sidney Jones sebagai berkata bahawa pengaruh dan rangkaian JI di Malaysia serta Johor masih kuat.

ICG mendakwa kemampuan Mas Selamat untuk tinggal di Johor hampir setahun tanpa ditangkap pihak Malaysia menunjukkan rangkaian JI yang masih wujud di negeri itu masih komited terhadap kumpulan militan terbabit dan perjuangannya.

Sumber Bernama itu memberitahu kenyataan ICG itu adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima, malah penganalisis badan pemikir itu tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kedudukan JI di Malaysia.

"Sepanjang masa Mas Selamat bersembunyi di Johor, beliau hanya berhubungan dengan dua lelaki itu sahaja. Itu membuktikan bahawa dia tidak mendapat sokongan dan simpati," katanya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan bahawa Mas Selamat ketika berada di Johor pernah merancang untuk melarikan diri ke selatan Filipina atau Indonesia, tetapi tidak meneruskannya kerana menyangka Johor merupakan kawasan selamat untuk persembunyiannya.

"Apa yang Mas Selamat tidak sedar adalah kita berjaya mengesannya dan telah membuat pemantauan berterusan terhadap pergerakannya untuk beberapa ketika sebelum bertindak menangkapnya," kata sumber itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan