Kes meningitis di Melaka tiada kaitan dengan H1N1

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERAMAI 10 orang pelatih dimasukan ke wad pengasingan Unit Rawatan Kecemasan Hospital Besar Melaka apabila mereka disyaki dijangkiti bakteria
SERAMAI 10 orang pelatih dimasukan ke wad pengasingan Unit Rawatan Kecemasan Hospital Besar Melaka apabila mereka disyaki dijangkiti bakteria "meningitis" hari ini. Tindakan pengasaingan ini diambil setelah seorang pelatih di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Tiang Dua meninggal dunia pada 4 Mei lepas kerana dijangkiti radang selaput otak itu. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kematian seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua, Melaka pada 4 Mei lepas disyaki kerana jangkitan bakteria meningitis dan ia tidak mempunyai kaitan dengan wabak influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meningitis itu terkawal dan boleh dirawat.

Katanya, meningitis adalah penyakit berpunca daripada bakteria (dan bukan virus) yang menyerang dan menyebabkan sel darah putih dalam badan pesakit meningkat, menjadikan pesakit mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kepada kematian.

"Kementerian telah menghantar satu pasukan khas untuk menangani masalah ini di pusat latihan tersebut, termasuk pakar dan pegawai kesihatan untuk membuat kuarantin bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan sekitar.

"Setakat ini ia masih belum menular ke mana-mana kawasan sekitar," katanya selepas merasmikan Pameran Buku Kaligrafi Hasilan Kelas Kaligrafi Pembelajaran Sepanjang Hayat di Bangunan Ibu Pejabat MCA di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan pula berkata dua lagi pelatih akademi tersebut dimasukkan ke Hospital Melaka hari ini, menjadikan kesemua pelatih yang dimasukkan ke wad termasuk tiga yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 15 orang.

BERITA TERDAHULU

JPJ gantung kursus akademi susulan kematian pelatih

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memutuskan untuk menggantung kesemua kursus di akademinya di Tiang Dua ekoran kematian seorang pelatih.

Keputusan itu diambil sementara menunggu penemuan siasatan perubatan.

Selain satu kematian tiga orang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka dan sembilan lagi dimasukkan ke wad pengasingan hospital itu.

Semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Dr. Ghazali Othman berkata, kesemua mereka dipercayai dijangkiti bakteria "meningitis".

"Seramai 85 lagi pelatih dikuarantin di akademi berkenaan untuk pemantauan," katanya.

Pelatih lelaki yang meninggal dunia itu telah dimasukkan ke hospital itu pada 2 Mei dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Pelatih itu telah dimasukkan ke hospital selepas mengadu demam, batuk, pening dan hidung berair, kata Dr Ghazali.

Dr. Ghazali berkata, sebelum kejadian itu, seramai 100 pelatih akademi tersebut telah menjalani latihan di luar akademi dalam tiga kumpulan iaitu di Pedas, Negeri Sembilan, Muar, Johor dan Bukit Katil, Melaka selama tiga hari mulai 27 April.

"Kesemua pelatih terbabit kembali ke akademi berkenaan pada 2 Mei lepas di mana antara mereka mengadu hidung berair, pening dan demam," katanya.

POSITIF

Dalam pada itu, 13 pelatih yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka menunjukkan perkembangan baik dengan memberi respons positif terhadap rawatan yang diberikan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan Melaka, Chua Keng Hua berkata, daripada jumlah itu, tiga pelatih sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 10 pelatih lagi di wad pengasingan dengan gejala jangkitan saluran pernafasan.

"Semua kes (pesakit) menunjukkan gejala utama iaitu demam disertai dengan salah satu atau lebih daripada tanda-tanda seperti sakit kepala, sakit sendi, keletihan, batuk, loya, kejang perut dan menggigil," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Chua turut menjelaskan seorang pelatih, Mohd Hafiz Zainudin, 24, dari Kelantan, meninggal dunia dipercayai akibat meningitis ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka dan bukannya meninggal dunia di hospital itu sebagaimana dilaporkan media semalam.

Sebelum kejadian itu, 100 pelatih akademi itu telah menjalani latihan di luar akademi dalam tiga kumpulan iaitu di Pedas, Negeri Sembilan; Muar, Johor; dan Bukit Katil, Melaka selama tiga hari bermula 27 April lepas.

Chua berkata sampel darah, air kencing, calitan tekak kesemua pelatih telah dihantar ke makmal Hospital Melaka dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk siasatan lanjut dan keputusanya diharap dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Katanya 85 pelatih lagi masih dikuarantin di akademi itu untuk pemantauan.

"Punca kejadian kes ini masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Melaka mengesan kes berkenaan pada Khamis lepas apabila sembilan pelatih akademi itu datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan demam dan simptom lain.

Berikutan itu, sebuah pasukan siasatan telah ditubuhkan bagi melakukan siasatan dan saringan kepada semua pelatih berusia antara 23 dan 24 tahun di akademi itu.

Katanya sehingga 8 pagi ini, bilangan yang terdedah dan disaring ialah 418 orang yang terdiri daripada pelatih dan kakitangan akademi itu.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Melaka telah mengambil beberapa langkah termasuk membuka bilik gerakan di Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, menubuhkan pasukan penyiasatan dan kawalan, mengesan kes secara aktif dan pasif mengikut difinisi kes.

Langkah lain ialah rawatan simptomatik bagi setiap kes dan rujukan ke hospital, rawatan prifilaksis antibiotik kepada pelatih, kakitangan akademik dan kakitangan kesihatan terlibat, membuat pengasingan kepada pesakit di hospital Melaka dan akademi itu dan pemeriksaan persekitaran akademi.

Sementara itu, Dr. Ghazali yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, penyakit itu boleh merebak melalui udara dan bukannya penyakit baru kerana ia pernah berlaku di tempat lain.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang perlu menyaring pesakit yang ada simptom meningitis kerana terdapat pelatih akademi itu yang pulang ke kampung masing-masing di negeri terlibat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan