ADUN Kota Alam Shah turun 15kg, dikena 6 syarat

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan hari ini, M. Manoharan berkata, beliau "amat gembira dengan enam syarat" yang dikenakan kerajaan di sebalik pembebasannya selepas ditahan 514 hari.

Kata Manoharan, beliau akan mematuhi syarat-syarat tersebut yang disifatkannya begitu memenuhi hasrat dan kedudukannya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk sentiasa berada di samping rakyat .

"Syarat pertama adalah saya perlu tinggal di Kota Alam Shah, Klang. Saya mahu bersama rakyat dan syarat itu begitu sesuai sekali dengan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya lewat petang ini.

Manoharan yang juga seorang peguam berkata, lima syarat lagi yang perlu dipatuhinya adalah beliau tidak boleh menukar tempat kediamannya ke mana-mana kawasan lain tanpa kebenaran Ketua Polis Negeri, tidak boleh meninggalkan kawasan di mana ia disekat tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Negeri.

Selain itu, beliau hendaklah memberitahu Ketua Polis Daerah di mana beliau disekat mengenai alamat tempat tinggalnya, perlu melaporkan diri dan menandatangani buku daftar di balai polis yang berhampiran setiap Isnin antara pukul 8 pagi dan 5 petang sehingga 13 Disember tahun ini serta menjaga keamanan dan berkelakuan baik.

Manoharan berkata, beliau diberi tempoh dua minggu untuk mencari kediaman di Klang.

Katanya, memandangkan firma guamannya terletak di Kuala Lumpur dan seringkali mengendalikan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau akan meminta kebenaran untuk keluar dari kawasan kediamannya setiap minggu.

"Kemungkinan saya juga akan membuka sebuah cawangan firma guaman saya di Klang," katanya.

Manoharan berkata, beliau mempunyai amalan guaman yang baik namun terpaksa memulakan kembali kerja-kerja guaman itu daripada awal memandangkan sudah 17 bulan meninggalkan bidang itu.

Beliau berkata, pengalamannya ketika ditahan di Kamunting begitu menyedihkan kerana beliau begitu merindui seluruh kaum keluarganya.

"Berat badan saya turun 15 kilogram... saya cukup menderita dan saya akan pastikan, tidak ada ayah lain yang mengalami apa yang saya alami ini di masa depan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan