Pembebasan tahanan ISA bukti kerajaan adil -Najib

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembebasan 13 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bertindak berdasarkan prinsip yang adil dan saksama dan menghormati undang-undang negara.

Katanya pihak polis berpendapat sudah tiba masanya untuk mempertimbang pembebasan 13 orang itu yang ditahan mengikut akta itu selama hampir dua tahun.

"Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Saya fikir bahawa ini menunjukkan apa yang didakwa oleh parti pembangkang kononnya kita sebuah kerajaan yang zalim, kononnya kita mengamalkan dasar menindas dan cuba untuk menyekat kebebasan individu adalah tidak benar sama sekali.

"Kalau keadaan tidak mendatangkan bahaya atau ancaman kepada keselamatan maka kita tidak akan menahan mereka untuk lebih sehari pun lagi dan kalau mereka patut dibebaskan, mereka akan dibebaskan.

"Bila saya ambilalih jawatan Perdana Menteri saya mengumumkan pembebasan 13 orang. Saya hendak tunjukkan bahawa kerajaan kita adalah kerajaan yang akan bertindak berdasarkan prinsip yang adil dan saksama dan tetap menghormati prinsip undang-undang dan kebebasan awam dalam negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pameran pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Ditanya mengenai tohmahan pembangkang yang mengatakan tiga anggota Hindraf dibebaskan sematamata untuk meraih sokongan masyarakat India, beliau berkata kepada pembangkang semua tindakan kerajaan tidak betul.

"Kalau kita bebaskan mereka kata tak betul, kalau tahan, mereka kata kita tindas....jadi sila tentukan apa yang anda mahukan," katanya.

Berhubung penangkapan Mas Selamat Kastari, yang disyaki pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Singapura Februari tahun lepas, Najib mengucapkan tahniah kepada polis Malaysia yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

"Saya ucap tanniah kepada pihak polis kerana telah berjaya memberkas seorang yang dianggap sebagai boleh membawa ancaman kepada keselamatan negara dan telah dilakukan operasi yang begitu berkesan sekali sehingga dia (Mas Selamat) telah berjaya ditangkap," katanya.

Ketika ditanya sama ada pelarian itu sedang merancang serangan ke atas Malaysia, Najib berkata:

"Tidak, tetapi kita tahu dia merancang banyak benda di Singapura."

Katanya Malaysia masih belum memutuskan sama ada Mas Selamat akan dihantar balik ke Singapura bagi menghadapi dakwaan.

Sementara itu, Muhyiddin pula berharap dengan keputusan yang telah dibuat itu maka rakyat tidak lagi berpendapat bahawa kerajaan bersikap tidak bertanggungjawab.

"Jadi bila mana mereka (tahanan ISA) sudah insaf dan tidak menjadi ancaman lagi maka kita harap mereka akan balik semula kepada masyarakat dan memberitahu keadaan yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pesta koko antarabangsa Malaysia di Pusat Membeli belah Berjaya Times Square di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan mengambil kira semua perkara di mana apabila mendapati tahanan ISA itu tidak lagi dianggap mengancam keselamatan awam dan negara, serta mahu menghormati undangundang, maka keputusan berasaskan pertimbangan yang bijaksana akan dibuat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan